Makan laksa di tepi pantai Tanjung Dawai

Assalamua’laikum.

Saya pertama kali pergi Tanjung Dawai, Merbok, Kedah. Walaupun hanya 30 minit je travel dari Sungai Petani. Mulanya pergi tu cuma nak beli ikan bilis dan ikan gelama masam je. Hahahahaha…. Saje je pergi beramai-ramai.

Tapi bila sampai sana banyak pulak gerai2 tepi laut ni. Macam syok je feeling2 minum petang sambil tengok pemandangan laut kan 😍

comelsihat.wordpress

Antara gerai kat tepi laut yang kami singgah untuk minum petang. Laksa dan air kelapa dia memang terbaik.

comelsihat.wordpress

Ada juga gerai jual keropok lekor dan juga air batu campur (ABC) dan cendol.

comelsihat.wordpress

Penuh makanan kat atas meja tu. Khemah kat belakang tu jual barang2 mainan untuk budak2 main kat pantai atau kat dalam air.

comelsihat.wordprress

Masing2 khusyuk makan. Hahahhaa… laksa dia kids friendly. Tak pedas dan terasa isi ikan. Air kelapa memang fresh dari buah kelapa terus masuk dalam cawan. Bukan air kelapa yang dah duduk dalam bekas air campur ais batu tu tau.

Waktu ni kami sampai dalam pukul 4pm petang. Orang ramai yang baru sampai waktu ni. Cuaca pun ok je. Walaupun duduk bawah pokok je, tapi angin dari laut tu memang syok je. Tak ada lah basah ketiak. Hahahahaha….

comelsihat.wordpress

Ada rojak buah dan keropok lekor jugak. Tengok mangkuk ABC dia. Boleh share 2-3 orang.

comelsihat.wordpress

Siap ada bekas otak udang kat atas meja tu. Portion laksa dia agak besar jugak untuk budak2. Tapi untuk orang dewasa memang ngam2 lah.

Kenyang sampai ke malam…..

Dah habis makan baru lah kami gi shopping ikan bilis, sotong kering dan ikan gelama masam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s