Laksa sedap bawah jambatan Bumbong Lima

Assalamua’laikum. Kepada orang-orang Kepala Batas terutamanya orang-orang Bumbong Lima, harus lah mencuba untuk makan kat bawah jambatan ni. Atau orang-orang Tikam Batu, Sungai Petani pun harus cuba ke sini jugak.

Kami adik beradik suka datang sini sebab suka sangat dengan laksa nya. Tapi dalam masa yang sama ada jugak dijual mee kuah dan mee rebus yang sangat sedap. Memang terasa lah keaslian resepi mee tu. Rasa macam makan mee waktu kecik-kecik dulu.

Lagi satu yang best nya ialah keaadan sekeliling nya yang unik. Gerai-gerai ni terletak di bawah jambatan dan di dalam kawasan kampung yang sunyi dan tenteram. Walaupun bawah jambatan, tak da pulak rasa panas membahang walaupun waktu ni kami makan pukul 1pm tengahari lebih…

AQ Getaway
Pemandangan jalan masuk dari jalan besar
AQ Getaway
Tempat nak parking kereta pun selesa
AQ Getaway
Ada 5 gerai yang jual bermacam jenis makanan
AQ Getaway
Air panas letak ekon kata encik suami sebab letak ais kat keliling cawan. Hahahaha…
AQ Getaway
Mee kuah yang sangat sedap
AQ Getaway
Yang ni memang legend. Bihun goreng letak kuah laksa
AQ Getaway
Laksa…. Tengok rupa kuah pun dah nampak sedap dan terliur kan… Huhuhuhuhu
AQ Getaway
Mee rebus pun sedap yak amat…. Hahahahha… Menaip sambil terliur dah ni

Makcik yang jual laksa ni ada jual kuih bahulu jugak. Kuih bahulu Mak Lang.. Pun sedap jugak dan gebu je. Tapi lupa lah nak ambil gambar.

Kepada sesiapa yang berada berdekatan sini, meh lah cuba makan kat sini. Suasana yang unik dan makanan nya sangat sedap.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s