Assalamua’laikum. Bila sebut detoks semua orang akan terbayangkan badan yang lebih sihat, ceria dan bertenaga. Dengan mengurangkan bebanan toksin di dalam badan dan meng optimumkan keupayaan organ badan untuk detoks dgn sendiri, ada 8 perkara yang boleh kita tahu bahawa detoks kita telah berhasil.

1) Turun berat badan. Timbunan toksin mengakibatkan badan tidak dapat untuk membakar lemak dengan sendiri. Detoks yang berkesan akan mengeluarkan toksin supaya sel-sel lemak dapat berkerja dengan lancar dan seterusnya meningkatkan metabolisma badan. Ini akan memudahkan proses mengurangkan berat badan dan badan akan jadi lebih sihat.

2) Lega dari masalah kembong perut dan sembelit (Usus lebih sihat). Usus kita berfungsi untuk membawa bahan buangan dari badan. Tetapi bahan buangan dari makanan yang diproses, makanan rendah fiber dan lemak tidak sihat akan perlahan-lahan terkumpul dan akan menyebabkan sistem badan tersumbat. Toksin yang terkumpul adalah punca berat badan tak mahu turun dan rasa kembong perut. Usus kita adalah tempat bagi sistem bahan buangan badan, jadi ia sepatutnya kena sentiasa bersih dan kosong supaya usus dapat berfungsi dengan lebih baik.

3) Lebih bertenaga. Tahu tak sebenarnya badan kita mempunyai organ yang menjalankan proses pembuangan toksin dan proses ini memerluka tenaga. Jumlah tenaga yang digunakan pula bergantung berapa banyak toksin yang perlu diproses. Jika kerap rasa penat, letih dan tak bertenaga, ada kemungkinan ia menunjukkan badan ada banyak toksin. Melakukan proses detoks akan membantu organ badan untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jadi akan ada banyak tenaga dan stamina boleh digunakan untuk aktiviti harian yang lain.

4) Kurang rasa teringin pada junk food. Apabila toksin dalam badan telah hilang dan digantikan dengan nutrisi yang sihat, badan akan beri signal kepada minda untuk mengidamkan makanan yang berkhasiat dan tidak lagi pada junk food.

5) Kulit lebih sihat. Kulit merupakan organ luaran terbesar manusia. Sekiranya toksin banyak dalam badan, memang akan lebih ketara kelihatan masalahnya di permukaan kulit.Ini kerana kulit merupakan antara ejen bagi pengeluaran toksin dan segala cela. Dengan detoks, toksin akan keluar. Apabila toksin berkurang dalam badan, akan ketara kelihatan kulit yang cantik, bersih dan sihat.

6) Mengurangkan tekanan (stress). Toksin yang banyak akan menjadi penyumbang kepada masalah stress. Toksin menghalang badan dari menyerap nutrisi yang sihat. Apabila badan terpaksa kerja keras, is mengeluarkan hormone stress – Cortisol. Bila toksin day hilang, hormone stress – Cortisol, akan menjadi lebih tenang. Proses membuang toksin ni akan menjadikan minda lebih fokus dan tidur yang lebih berkualiti.

7) Meningkatkan imun sistem. Radikal bebas akan merosakkan sel-sel baik dalam badan. Jika badan terus menerus mengumpul toksin, ia akan menggalakkan pembiakan radikal bebas. Radikal bebas akan menjejaskan fungsi sistem imunisasi dan menyebabkan keradangan. Proses detoks akan melawan toksin sekaligus menghalang pembiakan radikal bebas. Bila tiada radikal bebas, badan akan lebih kuat untuk fokus pada proses menguatkan daya tahan badan secara semulajadi.

8) Tidur yang lebih lena. Toksin terutamanya mempunyai logam berat yang menganggu keseimbangan sel yang normal dan membentuk radikal bebas. Radikal bebas ini akan menganggu pola dan corak tidur dan lebih teruk akan menyebabkan insomnia. Buang radikal bebas dengan proses detoks untuk dapat kembali tidur yang berkualiti.

 

img_2663-2

 

Advertisements