Kenapa saya simpan emas untuk pelaburan jangka masa panjang. Dalam banyak2 jenis pelaburan, kenapa EMAS ? Kenapa EMAS ???

Sebelum saya beritahu kenapa, saya senaraikan dulu jenis2 pelaburan yang saya tahu.

  1. Labur dalam unit trust. Apa yang saya faham tentang unit trust ni, ia adalah pelaburan yang medium risk. Maksudnya, akan ada masanya duit yang kita labur tu menjadi negatif. Dan yang tak best nya, kalau kita salah beli unit, negatif tu akan berterusan.Tetapi kalau bernasib baik, duit yang dilabur akan berganda untungnya.
  2. Beli aset hartanah. Yang ni pulak selain dari value nya yang besar, nak mencari lokasi strategik tu pun penting jugak. Jadi nak kena betul2 study pasal hartanah ni sebelum beli. Sebab kalau salah langkah, jahanammmm… hahaha…. Besar tu value yang hangus tu.

Jadi saya lebih selesa memilih pelaburan emas. Bukan kata 2 jenis pelaburan di atas tak bagus. Cuma risiko nya dan nak kena study betul2 dulu sebelum suka2 keluar duit. Kalau emas ni, cuma beli dan beli dan simpan sehinggalah sampai waktu nya kita akan leburkan dia untuk dapat cash. Memang akan ada masa harganya menjadi negatif dari harga kita beli, tetapi emas akan naik harga semula.

Untuk nampak yang kita tak akan rugi labur pada emas ni, seeloknya pelaburan emas ni untuk jangka masa panjang. Target simpan emas ni untuk dileburkan lagi 2 – 3 tahun lagi. Kalau target nak lebur lagi 6 bulan, memang susah nak nampak positifnya. Bukan kata tak akan dapat untung, tapi ikut nasib. Untuk lebih faham, seeloknya rajin2 tengok graf emas. Kita akan nampak turun naik harga emas dan boleh buat perancangan pelaburan emas.

Yang penting, untuk pelaburan emas ni saya tak perlu keluar duit yang besar sedebuk untuk mulakan pelaburan. Saya boleh konsisten labur value yang kecil setiap bulan. Sikit2 lama2 jadi bukit. Betul tak…..

Untuk tambah points lagi umpphhh tentang emas ni… sila baca list di bawah (saya dapat points bawah ni dari FB Mustaqim Mohamed) :

  1. Matawang zaman khalifah islam
  2. Kalis inflasi.
  3. Diterima dlm pelbagai bentuk (cair ke, terbakar ke,tersopeh ke).
  4. Dapat membayar zakat emas.
  5. Harga tetap tinggi dari tahun ke tahun.
  6. Simpanan yang paling konsisten.
  7. Pelaburan jangka masa panjang untuk keluarga.
  8. Semua negara atas muka bumi ni terima emas, bernilai di semua tempat.
  9. Pakai emas awet muda..

Tak rugi simpan emas ni. Sebab apa? Sebab bila ada emas = ada duit. Dah tak perlu risau sebab pergi mana² pun emas tetap diterima. 

p/s: Saya ada jual emas… 😉

Nisha | 012.542.5600 | comelsihat.wordpress.com

 

Advertisements