Assalamua’laikum… kepada sesiapa yang teringin nak makan makanan jawa terutamanya, boleh lah cuba makan di Rumah Makan Cibiuk yang terletak di Shah Alam. Kedai ni terletak di dalam bangunan Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14 Shah Alam. Landmark yang paling mudah ialah bangunan ni berhadapan dengan Darul Ehsan Medical Centre (DEMC).

Makanan yang disediakan semuanya adalah resepi dari tanah jawa. Yang best nya, ada bermacam jenis sambal cicah yang disediakan. Saya lupa nak ambil gambar sambal- sambal tu. Excited nak makan samapi lupa nak ambil gambar. Ehehehe…

comelsihat.wordpress.com
Makanan yang kami 5 beranak order. Banyak kan…huhuhu..

 Disebabkan kami lima beranak lapar nasi, nah tu dia kami order. Huhuhu… macam 8 orang makan. Sebab tu seeloknya order makanan bukan waktu lapar. Kihkihkih…

comelsihat.wordpress.com
Ayam kampung goreng.

Ayam kampung goreng yang size nya agak besar. Banyak isi. Puas hati makan. Ayam kampung goreng kunyit ni favourite suami dan anak-anak. Memang diorang mengadap lauk ni je lah. Eheehe….

comelsihat.wordpress.com
Sup ekor / sup bontot.

Yang ni favourite semua orang. Dari yang tua sampailah yang paling kecik. Alhamdulillah sup nya tak lah rasa perencah segera tu je. Dan tak berminyak sangat. Cukup rasa lemak dan manis ekor tu. Tak macam kat sesetengah kedai makan lain, sup ekor dia cuma rasa perencah dan berminyak-minyak.

comelsihat.wordpress.com
Keropok malinjau

Keropok malinjau ni rasa nya standard lah macam yang lain-lain gak. Rasa pahit-pahit lemak. Ehehe….

comelsihat.wordpress.com
Ikan talapia goreng

Ikan talapia goreng ni pulak memang sedap. Rasa lemak dan manis ikan segar. Walaupun cuma goreng kunyit je tapi kami memang puas hati. Tapi tu lah… meh nak habaq mai. Kalau anak kecik 3 orang + 2 orang dewasa, rasanya cukup lah kalau order ikan talapia goreng kunyit je atau ayam kampung goreng kunyit je sebagai main dish. Kami ni tak sangka rupanya portion lauk nya besar-besar. Sengkak perut kami suami isteri nak menghabiskan lauk-lauk ni. Hahahah….

comelsihat.wordpress.com
Satay kambing

Satay kambing dia memang marvellous. Tak hanyir daging kambing langsung. Dengan kuah kacang nya yang rasanya tak dapat kat mana-mana lagi kedai-kedai di sini. Kacang tanah yang dikisar kasar memberikan rasa lemak-lemak kacang yang dikunyah bersama dengan daging kambing tu. Dan daging kambing dibakar sedang-sedang elok je. Tidak terlalu kering atau rentung. Masih terasa manis daging kambing tu. Tapi kan sebenarnya, satay ni kami bungkus bawa balik. Dah tak boleh nak makan. Punyalah penuh perut kami. Alhamdulillah walaupun dibungkus bawa balik simpan dalam peti ais,  bila saya panaskan esok tengah hari untuk dimakan dengan nasi, rasa satay kambing tu masih sedap lagi.

comelsihat.wordpress.com
Cendawan goreng tepung

Cendawan nya digoreng seketul-seketul. Puas hati makan. Tepung nya rangup dan sedap bila dicicah dengan sos yang disediakan.

comelsihat.wordpress.com
Signature dish-sambal

Haa…… ini lah yang paling best. Ada bermacam-macam sambal yang lain lagi. Tapi sebab saya duk kalut dengan anak-anak, saya pun terlupa nak ambil sambal-sambal yang lain. Nak ambil gambar pun terlupa gak. Hurrmmm…. adakah ini petanda kami harus datang lagi ke Rumah Makan Cibiuk ni. Huarhuarhuar…. Pengsan kalau suami saya dapat tahu niat saya ni. Pening dia melayan nafsu makan isteri dia ni… Hahahha…

comelsihat.wordpress.com
Nasi dalam daun pisang

Nampak macam remeh je kan bila letak nasi dalam daun pisang ni. Tapi sebenarnya ia memberikan satu aroma yang menyelerakan. Dan terus memberi signal kepada otak untuk bagitahu perut yang sudah sampai waktu makan. Elok-elok kata nak diet nasi terus makan berpinggan-pinggan. Kahkahkah…

comelsihat.wordpress.com
Pavlova double layer

Haishhh… ini lah yang buat budak-budak tak keruan nak makan nasi. Sebab tak sabar nak suruh diorang hantar pavlova. Saya memang suruh hold dulu sampai kami habis makan. Tapi bila budak-budak asyik tanya mana pavlova, terus saya suruh je diorang hantar. Budak-budak berhenti makan nasi dan ngadap pavlova ni je. Sedappppppp… Ibu depa pun jadi tak keruan nak makan nasi. Takut habis… Haish… pavlova dia memang sedap. Sedap macam pavlova kat Restoran Serai, Empire, Subang. Lalalala……

comelsihat.wordpress.com
Tempat cuci tangan

Tempat cuci tangan yang unik ni lah yang membuatkan budak-budak asyik nak ke sini je. Nak main air.

comelsihat.wordpress.com
Besen basuh tangan dan paip air yang unik

Unik kan paip dia. Dari buloh…..Itu yang riuh rendah suara diorang 3 beradik nak main air. Seronok tengok batang paip diperbuat dari buloh.

Secara keseluruhan nya, memang saya berpuas hati dengan makanan dan layanan di sini. Sesuai untuk makan santai bersama keluarga, untuk buat majlis bersama keluarga dan kawan-kawan atau boleh juga kalau nak bawa clients atau rakan sekerja jika ada urusan rasmi. Rumah Makan Cibiuk ni 2 tingkat. Tempat makan nya lapang dan besar. Alhamdulillah……

Nisha | 012.542.5600 | http://www.comelsihat.wordpress.com

Advertisements