Yup… soalan yang biasa berlegar-legar dalam kepala. Berapa minimum gaji yang sesuai untuk boleh buat pelaburan? Jawapannya……. tiada minimum gaji. Sebab tu kalau ikut certified financial consultant, jumlah pelaburan dikira beberapa peratus dari jumlah gaji. Besar sumber pendapatan, besarlah jumlah RM yang perlu dilaburkan. Kecil gaji, kecillah jumlah pelaburan. Ikut kemampuan. Yang penting konsisten. Dan jangan bertangguh untuk mula melabur.

Ada yang mengeluh duit gaji tak ada lebih pun setiap bulan. Macam mana nak melabur? Hurrmmm… Ada 2 perkara yang perlu dibuat bila jadi situasi di atas.

  1. Senaraikan perbelanjaan setiap hari. Rekod kan setiap sen.
  2. Dari rekod tu, asingkan perbelanjaan mengikut jenis. Contohnya; Barang dapur, Duit poket lunch, Berpoya-poya, Beli tudung/baju baru, dan etc….
  3. Identify yang mana “keperluan” dan “kehendak”.
  4. Kurangkan perbelanjaan untuk bahagian “kehendak”. Contohnya kalau setiap bulan mesti beli tudung dan baju baru, jadikanlah 2-3 bulan sekali baru beli baru. Atau kalau setiap bulan sampai 5 kali gi makan kat cafe hipster, kurang kan lah jadi 2-3 kali je sebulan.

Jadi, duit lebihan tu yang patut untuk buat pelaburan. Jangan risau kalau tak banyak macam orang lain. Yang penting konsisten. Yang ada niat nak kumpul gold bar tapi duit lebihan tu tak mencukupi untuk beli walaupun 1 gram, simpan duit tu dulu kat tempat yang kita tak akan usik. Bila sampai bulan yang jumlah simpanan dah cukup, baru ambil duit tu untuk beli emas. Apa yang penting disiplin. 

Kita asyik duk tengok je orang lain mewah dan senang kat dalam FB atau IG. Sebabnya diorang ni cuma tunjuk yang manis2 dan indah2 je. Yang pahit dan kelat tu diorang tak tunjuk pun. Macam mana diorang berjimat, ikat perut, tahan nafsu… semua tu tak tunjuk. Jadi janganlah asyik nak berangan yang manis2 dan indah2 tapi tak nak melalui yang kelat dan pahit tu.
Sekian… Luahan perasaan; Nisha.

Advertisements