Kenapa ye saya beriya buat bisnes untuk cari pendapatan sampingan? Hurrrmmmm…. Yang pasti memang sebab duit. Mesti ramai terfikir, berkerja makan gaji (pendapatan pun ok lah jugak) tapi tetap sibuk jual macam-macam jugak ke? (sebelum ni jual macam-macam, sekarang fokus ke Shaklee je).

Bak perumpamaan peribahasa melayu “besar periuk, besar lah kerak nya”. Huhuhuhu…. Bila dah buat komitmen macam-macam yang agak ketat, saya rasa dah tak ada financial freedom. Walhal komitmen tu ada lah investment. Insuran untuk kami 5 beranak, ansuran rumah, hutang belajar dan etc… Tapi disebabkan kos sara hidup yang tinggi sekarang, duit yang sebelum budget untuk perbelanjaan harian menjadi sempit. Bukan tak cukup tapi tak boleh berbelanja lebih sangat.

Sebab tu lah yang saya beriya nak cari duit tambahan ni. Sebab kadang-kadang saya teringin nak beli baju baru ke, handbag baru ke atau kasut baru. Tapi dengan duit gaji ni memang ngam2 je untuk belanja harian. Sedih kan… huhuhu….

Saya tak akan potong atau buang investment yang dah dibuat sebab itu adalah untuk masa depan anak-anak kami. Jadi apa yang perlu saya buat ialah kerja lebih sikit untuk cari duit tambahan kalau teringin beli kasut baru ke atau apa-apa je lah. Sebab kasut, baju atau bag ni akan sampai masanya kena tukar baru jugak kan.

Usaha… usaha… usaha…
Luahan hati, Nisha….

Advertisements