Kenapa saya jual produk Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan.

Sebelum ni ada macam-macam benda yang saya jual untuk mencari sumber pendapatan sampingan. Saya mula berjinak jinak dengan berniaga ni dengan menjual kain pasang cotton. Saje je masa tu nak cuba berniaga. Sebab tengok facebook Kainohkain asyik dok update gambar-gambar kain yang cantik. Mula berniaga dengan kawan office, lepas tu cuba jual online kat blog Simple-healthy-life.blogspot.my. Lepas tu tambah dengan tudung yang saya beli kat GM Klang. Memang rasa seronok dan puas hati bila tengok hasil jualan yang memang masyuk…

1477558010371-1
Shaklee Klang @ comelsihat.wordpress.com

Tetapi ada satu perkara yang membuatkan saya tak nak sambung berniaga kain dan tudung. Bukan sebab tidak menguntungkan tapi letih nak kena kerap ambil gambar produk. Masuk stok baru, nak kena ambil gambar setiap satu. Bila dah terjual, nak kena update kat gambar tu yang produk dah terjual. Saya rasa sangat letih sebab saya cuma ada masa waktu malam pada hari berkerja. Pada hari hujung minggu pulak, biasanya ada je aktiviti keluar rumah. Huhuhuhu…..

Pada mulanya saya beli produk Shaklee dengan Ida Ifaz sebab nak cari vitamin untuk tambah tenaga. Terpengaruh tengok facebook dia setiap hari. Hahahaha… Bila dah mula amalkan vitamin yang Ida Ifaz cadangkan tu, saya cuba pulak vitamin untuk kuruskan badan. 🙈🙈🙈🙈🙈. Jadi, nak diringkaskan cerita, bila saya mula ambil vitamin Shaklee, saya nampak yang vitamin ni boleh jadi sumber pendapatan sampingan.

Walhal, pada waktu ni sebenarnya tak da lah terdesak sangat nak cari duit lebih. Cuma saja je nak cuba berniaga. Best ke… Dan rupa-rupanya memang best. Dalam masa yang sama saya ada jugak cuba-cuba berniaga barang-barang lain. Tetapi Shaklee tetap saya teruskan jugak. Sebab ada beberapa vitamin yang kami sekeluarga tak putus ambil.

1477557933665-1
Shaklee Klang @ comelsihat.wordpress.com


Bila dah masuk tahun ketiga amalkan makan vitamin Shaklee sambil berniaga ni, saya dapat rasakan yang saya patut fokus untuk berniaga produk Shaklee je. Bukan sebab berniaga yang lain tak bagus tapi jual produk Shaklee bersama dengan group Shaklee yang saya join ni memang serasi dengan saya. Lebih-lebih lagi sekarang ni komitmen kami dah besar. Memang perlu sangat-sangat nak cari duit belanja tambahan.

Ok. Nak tahu apa yang buat saya serasi?

  1. Saya tak perlu nak ambil semua gambar-gambar produk baru sampai. Atau update gambar produk yang dah terjual. Sebab produk nya sama je. Cuma sekali sekala ambil gambar produk supaya orang tak jemu tengok gambar yang sama je.
  2. Group Shaklee yang saya join ni, upline nya mempunyai ilmu yang bagus tentang perancangan perniagaan. Jangan ingat berniaga MLM ni aci redah je tau.
  3. Group Shaklee yang saya join ni sangatlah “garang” bab amalan rohani. Ayat dari super duper upline yang sangat terkesan ialah ayat Master Norita. Beliau bagitau yang beliau punya blog tak ada lah berjuta viewer tapi beliau sangat menjaga hubungan dengan Allah S.W.T. Dan hasilnya, bonus Shaklee dia tetap superb. Jadi, berniaga ni bukan semata-mata fokus pada marketing strategy tapi menjaga hubungan dengan Allah S.W.T tu jauh lebih penting.
  4. Shaklee ni bukan syarikat yang cikai. Bukan yang jenis janji jual tapi tak kisah macamna nak jual. Shaklee ada landmark study. Ada lab sendiri. Buat research sendiri. Kalau ada masalah, buat je report. InsyaAllah memang diorang akan layan komplen kita tu.

Kesimpulannya bila kita nak pilih bisnes yang bersesuaian, banyak faktor-faktor yang patut kita ambil kira. Yang paling penting kita mesti ada minat dan ada “chemistry” dengan bisnes partner.

Ok lah. Saya berhenti kat sini dulu lah. Kalau ada apa-apa kemusykilan, boleh call/whatsapp saya di 012.542.5600…
Adios….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s