Bila terjaga dari tidur pagi Isnin, dah berkira kira berapa hari lagi nak sampai hari Jumaat. Walaupun “things to do list” dah siap malam sebelumnya, ia nya langsung tak memberi saya “kuasa” untuk segera bangkit dari katil. Adakah semuanya sebab dah bosan dengan rutin yang sama semenjak 10 tahun yang lepas. Atau ada perkara yang membantutkan keinginan saya untuk bersegera ke pejabat. Hurrrmmmmm…..

Ikut kan nafsu, badan binasa. Kalau diikutkan perasaan bosan dan malas tu, memang nak je hantar surat berhenti kerja sekarang jugak. Tapi bila buat “risk analysis”, saya masih belum boleh nak hantar surat berhenti kerja tu hari ni. Ada banyak sebab kenapa saya masih perlu melakukan rutin saya semenjak 10 tahun lepas.

  • Kami suami isteri masih ada banyak hutang jahat. Walaupun sebelum berbelanja kami akan berbincang dan buat kira-kira, tetapi bila bulan lepas kami buat jadual pembayaran hutang bulanan barulah kami perasan yang rupanya keadaan kewangan kami rupanya tidak sihat.
  • Yang paling penting duit simpanan kami belum cecah jumlah 6 bulan gaji kami. Ini paling risau.

Dua ni perkara yang berlegar-legar dalam kepala saya sekarang ni. Jangan diikutkan perasaan sangat jika nak buat apa-apa keputusan. Dengar cakap orang dulu-dulu. 

::Ikut hati, mati. Ikutkan nafsu, badan binasa.::

Nisha…

Advertisements