Assalamua’laikum.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Ayat Kursi….Saya percaya semua yang menganut agama Islam yang sudah akil baligh pasti sudah hafal ayat Kursi.Tetapi adakah anda semua tahu kelebihan nya jika di amalkan di dalam kehidupan seharian.

Sebelum saya senaraikan kelebihan nya, saya nak berkongsi pengalaman saya sepanjang mengamalkan ayat Kursi ni. Cerita ni sewaktu saya tinggal di sebuah apartment di Shah Alam.

Saya mula mengamalkan membaca ayat Kursi setelah Mak Su suami saya menghadiahkan sebuah buku bertajuk “40 hadis kelebihan ayat Al-Kursi”. Selama hampir setahun saya mengamal kan baca ayat Kursi ni setiap kali lepas solat fardhu dan setiap kali nak keluar atau masuk rumah. Bukan setakat itu, kadang-kadang kalau saya parking kereta di tempat yang agak sunyi pun saya akan baca ayat Kursi sebelum bergerak meninggalkan kereta. (dalam hati niat dan mohon pada Allah untuk tolong menjaga harta kami).

Sehinggalah suatu hari, seminggu lamanya saya tak fokus untuk baca ayat Kursi sewaktu keluar rumah. Maksudnya, bacaan saya kelam kabut dan tunggang langgang. Nak jadi cerita, di satu Juma’at tengah hari (waktu orang sembahyang Juma’at) rumah saya orang pecah masuk. Kebetulan hari tu suami ada kerja di Shah Alam dan balik awal. Jam 3 petang suami sampai rumah dan pintu dah terkopak. Habis barang-barang berharga semua hilang. Bila suami call saya di pejabat waktu tu, terus saya teringat yang minggu tu saya tak baca ayat Kursi sepenuh hati sambil berharap pada bantuan Allah S.W.T… Walaubagaimanapun, kami redha dengan ketentuan Allah dan percaya ada hikmah dari kejadian ini. InsyaAllah….

Di bawah ni akan saya senaraikan faedah-faedah yang terkandung dalam ayat Kursi. Ilmu di bawah ni saya salin semula dari buku “40 hadis kelebihan ayat Al-Kursi”. Buku ini ditulis oleh Yusuf bin Abdullah bin Sa’id al-Husaini al-Armayuni al- Mishri asy-Syafi’i, Jamaluddin Fadhil. Beliau merupakan salah seorang murid imam al-Suyuthi.

Faedah ayat kursi @ comelsihat.wordpress.com

 

Faedah-faedah ayat Kursi :

1) Ayat Kursi adalah ayat paling mulia dalam al-Quran.

2) Ayat Kursi adalah penghulu ayat-ayat al-Quran.

3) Sesiapa yang membaca ayat Kursi akan terlindung dari gangguan jin dari pagi hari sampai petang, dan sebaliknya dari petang hari sampai pagi hari,

4) Ayat Kursi adalah simpanan di bawah Arasy.

5) Ayat Kursi adalah sebanding dengan seperempat al-Quran.

6) Sesiapa ayng membaca ayat Kursi selepas solat fardhu maka dia dipelihara sampai solat berikutnya, yang selalu menjaga (melaksanakan) ini hanyalah para Nabi, atau para siddiq, atau syahid, tidak ada pemisah di antara dirinya dengan syurga kecuali kematian, setelah dia meninggal dunia maka dia masuk syurga.

7) Apabila ayat Kursi dibacakan pada makanan atau lauk maka ia akan bertambah.

8) Ayat Kursi lebih mulia dari langit dan bumi, syurga dan neraka.

9) Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika memasuki rumahnya, maka syaitan keluar dari rumah itu.

10) Sesiapa yang membaca ayat Kursi maka akan dijaga dirinya, anak cucunya, rumahnya, hartanya, dan rumah-rumah disekitar rumahnya.

11) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dan akhir surah al-Baqarah sebanyak 3 kali, maka syaitan tidak akan masuk ke dalam rumahnya.

12) Di dalam ayat Kursi terdapat nama Allah yang mulia.

13) Sesiapa yang membaca ayat Kursi akan terhindar daripada kecurian.

14) Sesiapa yang membaca ayat Kursi bersama akhir surah al-Baqarah ketika kesulitan, maka Allah akan memberikan pertolongan kepadanya.

15) Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Allah menugaskan 2 malaikat baginya untuk menjaganya sampai pagi.

16) Sesiapa baca ayat Kursi setiap lepas solat fardhu, maka Allah menjadikan hatinya selalu bersyukur, lisannya selalu basah kerana berzikir, diberikan pahala mati di jalan Allah, dan amal orang siddiq.

17) Sesiapa yang membacakan ayat Kursi dan ayat (inna rabbakumullahu….) dan al-muawwidzatain (surah al-Falaq dan an-Nas) pada orang yang hendak melahirkan, maka Allah akan memberikan kemudahan dalam proses bersalin.

18) Sesiapa yang membaca ayat Kursi pada harta benda, maka syaitan tidak berani mendekatinya.

19) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dan awal surah al-Ghafir pada waktu pagi, maka Allah akan menjaganya sampai petang, dan sebaliknya sesiapa yang membacanya pada petang hari, maka Allah akan menjaganya sampai pagi hari.

20) Dan faedah-faedah lainnya, maha suci Allah yang telah memberikan kurniaanNya kepada para hambaNya, bagi Nya lah segala puji-pujian.

Diharap perkongsian saya ini memberi manfa’at yang besar untuk para pembaca. Amalkan dengan konsisten dan yakin akan kekuasaan Allah, insyaAllah akan berhasil.

Advertisements