Apa yang ada dalam bag tangan saya.

Hurrmmmm…… apa yang ada dalam bag tangan saya? Hahahahaha……

Saya ni jenis yang suka “mengangkut”. Ini perkataan yang suami saya describe tentang saya. Kadang2 bila nak pergi bercuti, saya akan ada 2 bag pakaian dan 1 bag kecik letak toiletries. Walhal masa tu baru anak sorang. Hahahahaha…..Sekarang bila anak dah 3 orang ni dah pandai lah jugak meng “adjust” barang2 yang nak dibawa.

Ini termasuklah cerita bag tangan saya. Sebelum ni saya suka bag tangan yang besar. Macam2 saya letak. Wallet, tisu kering, tisu basah, lotion tangan, lotion muka, compact powder, spray hidung untuk sinus saya, pengetip kuku, pisau lipat pelbagai guna, portable charger, battery untuk kipas tangan anak, diaper anak, botol air anak, handphone, IPad, charger handphone dan IPad, etc…….huhuhuhu. Banyak kan.

Bag saya kerap koyak kat bahagian tali. Lama2 saya fed up. Sekarang saya pakai bag tangan kecik jek. Seperti gambar di bawah. Cuma ada wallet, bag kecik untuk syiling, lotion, compact powder, pisau lipat pelbagai guna, wet tissue dan perfume botol kecil. Huhhh….separuh barang dah dikurangkan.

hb
comelsihat.wordpress.com

Barang2 yang dah dikeluarkan ni kebanyakkanya yang saya memang jarang pakai. So, decided untuk keluarkan jek. Bahu pun tak rebeh bawa macam2. Tetapi temptation untuk mengangkut tu masih ada. Cara untuk elak, jangan ada bag tangan yang besar. Bijak tak? hahahahaha…..

Tetapi barang2 lain yang perlu jugak macam battery untuk kipas tangan anak dan portable charger saya masukkan je dalam bag lampin anak2. Termasuklah diorang punya diaper, botol air, etc….. Jadi, sekarang saya bawa 2 bag. Bag yang besar isi barang2 anak ni boleh suruh suami yang bawa. So, takdelah rebeh lagi bahu saya.

Gambatte Kudasai. Chaiyok2……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s