6 rahsia kenapa kita mesti mandi air sejuk.

Mandi merupakan rutin bagi setiap orang. Rutin yang biasa ialah 2 kali sehari yakni pagi dan petang. Tetapi ada orang (dikalangan orang-orang tua terutamanya) mereka lebih suka mandi 5 kali sehari. Rutin yang di amalkan sebelum solat fardhu. Ini supaya badan rasa lebih segar dan boleh fokus dan khusyuk sewaktu solat. Untuk waktu-waktu sejuk (pagi terutamanya), kebanyakkan kita lebih suka mandi guna air panas. Lebih- lebih lagi zaman sekarang dah ada kemudahan, petik je suis “water heater” terus je boleh mandi air panas. Tetapi adakah anda tahu mandi air sejuk juga boleh mendatangkan kebaikan pada tubuh badan. Berikut faedah mandi air sejuk.

Tingkatkan sistem imuniti.

Mandi air sejuk boleh meningkatkan sel darah putih. Pertambahan ini boleh melindungi diri dari mudah terkena penyakit-penyakit kecil seperti selsema, demam, batuk dan sebagainya. Secara tidak langsung mandi air sejuk boleh meningkatkan kekebalan tubuh.

Melegakan selsema.

Haaa…..ini mungkin berlawanan dengan apa yang kita amalkan sebelum ni. Selalunya bila selsema, kita akan di suruh untuk mandi air panas kan. Tetapi sebenarnya jika mandi dengan air panas,ia hanya akan meningkatkan lagi susu panas di tubuh sekaligus menyebabkan hidung lebih teruk tersumbat.

Menurunkan berat badan.

Yang ini saya pasti ramai yang suka. Keluar bilik air mengigil ngigil pun sanggup ni. Hahahaha……..Amalkan mandi air sejuk berbanding air panas kerana ia mampu merangsang penghasilan lemak. Ia kemudiannya bertindak untuk membakar timbunan lemak jahat sekaligus mengurangkan berat tubuh.

Atasi masalah darah beku.

Mandi dengan air sejuk secara konsisten boleh meningkatkan perjalanan darah di dalam tubuh dan menjadikan badan lebih sihat dan bertenaga.

Hilangkan tekanan.

Mandi air sejuk ketika sedang stress atau sedang mengalami tekanan memang sangat membantu untuk lebih tenang. Lebih-lebih lagi kalau tekanan sehingga sakit kepala. Ini kerana dingin air sejuk yang meresap ke dalam tubuh badan amat membantu untuk merehatkan diri selain berperanan untuk meningkatkan sistem metabolisma.

Sihatkan paru-paru.

Mandi air sejuk akan menyebabkan paru-paru terbuka sekaligus membuatkan kita mampu bernafas dengan baik dan selesa. Dan paru-paru kita akan lebih sihat.

Kita juga disarankan untuk mandi dengan air sejuk setiap pagi. Ini kerana ia boleh membantu meningkatkan tenaga sekaligus badan akan berasa lebih cergas dan bertenaga. Amacam? Boleh tak kita ubah rutin ni. Ia bukan sahaja memberi banyak manfaat tetapi boleh jimat kan bil elektrik rumah kita juga kan. Iye lah kan, dah tak guna “water heater” lagi. Hehehehehhe…..

Credit : Majalah Mingguan Wanita; Oktober 2014.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s